Sunday 16 April 2017

KARNIVAL KOMUNITI SELAMAT 2017

Program tersebut telah selesai dilaksanakan pada Sabtu 15 April 2017 bertempat di Pekarangan Dewan dan Padang Permainan Taman Suria 1 serta kawasan sekitarnya..

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Encik Ismail Puteh, Pegawai Khas kepada Yang Berhormat Dato' Aminuddin bin Omar, EXCO Belia dan Sukan Negeri Kedah merangkap ADUN Jitra.

Turut hadir ialah Tuan ASP Darani bin Hussin dari Ibu Pejabat Polis Kubang Pasu. Beliau juga turut menyampaikan ceramah utama. Yang turut hadir ialah Encik Mohd Zulkarny bin Salleh, Pegawai Perpaduan Daerah, Encik Zaki, Pegawai Operasi, AADK Kubang Pasu, pegawai-pegawai dan anggota daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Jitra, Pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta Pengurus dan wakil daripada Syarikat Safeline Engineering.

Ceramah kedua disampaikan oleh Encik Muhamad IkmalHijjaz daripada AADK. Program kemudian diteruskan dengan demonstrasi memadam kebakaran oleh Bomba dan Penyelamat yang turut disertai oleh penduduk. Pihak APM mengadakan demonstrasi menyelamat dan bantuan kecemasan dalam kemalangan jalanraya.

Selain ceramah dan demonstrasi turut diadakan ialah pameran dan permainan.

Sebelum itu, pada pagi Jumaat 14 April 2017 telah diadakan gotong rooyong mendirikan 3 khemah serta persiapan tempat. Pihak Jabatn Kerja Raya juga turut memasang 3 khemah selain membekalkan 100 kerusi dan 10 meja.

No comments:

Post a Comment