Saturday 22 April 2017

GOTONG ROYONG BERSIHKAN POKOK TUMBANG

Program tersebut telah dijalankan pada petang kelmaren selepas solat Asar.

Sebatang pokok di atas Padang Permainan Taman Suria 1 telah tumbang akibat angin ribut pada hari sebelumnya.

Beberapa orang AJK dengan berbekalkan gergaji rantai telah memotong dan kemudian membersihkan pokok tersebut ke tepi padang untuk dikutip oleh pihak Environment IDAMAN.

Sebenarnya pihak kami telahpun menghantar surat sebanyak dua kali kepada pihak Majlis Daerah Kubang Pasu untuk memotong dan memangkas dahan-dahan pokok di dalam taman yang sudah terlalu rimbun dan ada sesetengahnya mengganggu talian elektrik tetapi tidak mendapat respons.

No comments:

Post a Comment