Sunday 11 July 2021

 PROGRAM BAKUL MAKANAN


Program tersebut berjaya dilaksanakan pada Sabtu, 10 Julai, 2021 . Seramai 13 orang penduduk menerima sumbangan bakul makanan bernilai RM1040.00    . Semua barangan diagihkan kepada penerima di rumah masing-masing dengan mematuhi SOP. 5 orang AJK terlibat dalam pengagihan.

Saturday 22 May 2021

PROGRAM MEMBAKAR LEMANG OLEH TEAM SRS

Program diadakan pada pagi 22 Mei 2021 bertempat di Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1. Seramai 23 orang Peronda dan ahli keluarga terlibat.

Sebanyak 150 batang lemang berjaya dibakar. Setiap Peronda SRS mengeluarkan belanja sebanyak RM30.00 seorang. Bekalan buluh lemang diperolehi di Kampung Guar Napai, Mukim Hosba.

PROGRAM KACAU BUBUR LAMBUK

Program tersebut dijalankan bersama Badan Kebajikan Penduduk Taman Suria 1 pada 17 April, 2021.Terima kasih kepada pihak Badan Kebajikan Penduduk yang sudi membenarkan KRT menggunakan peralatan memasak dan kawasan Dewan Orang Ramai Taman Suria 1.

Sebanyak 200 buat tupperware bubur lambuk berjaya dihasilkan. Ianya kemudian diaedarkan kepada semua penduduk .

Saturday 1 July 2017

MESYUARAT BERSAMA DENGAN BKPTS1

Mesyuarat tersebut telah diadakan malam tadi bertempat di kabin SRS.

Mesyuarat membincangkan aktiviti yang akan datang, antaranya:
1. Jamuan Hari Raya Berasama YB Dato' Aminuddin bin Omar, EXCO Belia dan Sukan Negeri Kedah merangkap ADUN Jitra pada 8 Julai 2017.
2. Majlis Bacaan Yaasiin Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-60 dan Untuk Calon Peperiksaan Awam pada 24 Ogos 2017.
3. Program Jom Kacau Buboq Asyura pada 30 September 2017.
4. Sambutan Hari Sukan Negara pada 14 Oktober 2017.

Memandangkan KRT masih belum menerima baki peruntukan 2017 sebanyak RM2500.00, semua perbelanjaan akan menggunakan wang BKPTS1.

Saturday 10 June 2017

JAMUAN BERBUKA PUASA 1438H

Program tersebut telah diadakan pada malam tadi bertempat di Dewan Orang Ramai. Seramai 80 lelaki dan 40 wanita hadir terdiri daripada AJK KRT, Peronda SRS dan penduduk.

Persediaan tempat serta pemasangan lampu pada khemah dibuat pada sebalah pagi.

KRT menyumbangkan RM159.74 untuk buah-buahan dan minuman manakala Jamuan Nasi disumbangkan oleh Badan Kebajikan Penduduk Taman Suria 1.

Manjlis berbuka didahului dengan Tahlil Ringkas dipimpin oleh Ustaz Abdul Razak Ahmad. Selepas berbuka diikuti pula solat Maghrib berjemaah di dalam Dewan.

Saturday 13 May 2017

PERTANDINGAN BOLING

Pertandingan Boling antara AJK dan Peronda SRS dengan AJK Badan Kebajikan Penduduk Taman Suria 1 telah dijalankan pada malam tadi bertempat di Aneka Bowl, Jitra.

Seramai 25 orang peserta lelaki dan 18 peserta wanita mengambil bahagian.

Hadiah-hadiah berupa hamper disumbangkan oleh syarikat Lian Seah Berhad, Air Murni dan individu berjumlah RM400.00

Penyampaian Hadiah disempurnakan oleh Pengerusi KRT Taman Suria 1, Encik Shahimi bin M. Alim

PROGRAM ZIARAH KASIH ADUN JITRA

Program tersebut talah dijalankan pada petang kelmaren bertempat di Kediaman Cikgu Wahab bin Awang, Taman Pasu, Jitra.

Program yang dirasmikan oleh YB Dato' Aminuddin bin Omar, ADUN Jitra bersempena dengan pemberian sumbangan kepada Ibu-ibu dan Bapa Tunggal di kawasan Jitra.

KRT Taman Suria 1 telah menghantar seramai 5 orang ibu tunggal dan seorang bapa tunggal manakala empat lagi ibu tunggal daripada Kampung Belukar bersebelahan dengan Taman Suria 1.

Setiap peserta menerima wang tunai dan barangan seperti beras, tepung, gula, susu pekat dan minyak masak.