Sunday 9 April 2017

MESYUARAT PENYELARASAN KARNIVAL KOMUNITI SELAMAT 2017

Mesyuarat tersebut telah diadakan pada jam 9.30 malam, 7 April 2017 bertempat di Pusat Kawalan SRS.

Mesyuarat mengambil maklum bahawa program akan dilangsungkan pada 15 April 2017.. Majlis Perasmian akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Aminuddin bin Omar,  EXCO Belia dan Sukan Negeri Kedah merangkap ADUN Jitra pada jam 8.30 pagi.

Program akan berlangsung separuh hari bertempat di Dewan Orang Ramai dan Padang Permainan.  Antara pengisiannya ialah ceramah, pameran serta demonstrasi mencegah kebakaran, cara menyelamat serta permainan pencegahan dadah. Pihak APM akan turut mengadakan pendaftaran Sukarelawan baru.

Wakil Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK ) dan Angkatan Pertahanan Awam ( APM ) Daerah Kubang Pasu turut hadir selaku Penganjur Bersama. Wakil Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Jitra serta Pejabat Perpaduan Daerah tidak hadir.

Mesyuarat membincangkan aturcara program pada hari tersebut, jumlah keanggotaan yang akan terlibat serta keperluan khas. Mesyuarat juga bersetuju untuk memohon khemah dan peralatan sewajarnya daripada pihak Pejabat Daerah / Jabatan Kerja Raya Daerah.

Sarapan pagi akan diadakan selepas Majlis Perasmian manakala Makan Tengah Hari akan diadakan jam 1.00 petang.

Urusan persediaan tempat termasuk memasang khemah akan dibuat sehari awal. Sistem Siaraya akan disediakan pada pagi berkenaan.

No comments:

Post a Comment