Monday 15 August 2016

MESYUARAT BERSAMA BADAN KEBAJIKAN PENDUDUK TAMAN SURIA 1

Malam tadi telah diadakan Mesyuarat Bersama dengan Badan Kebajikan Penduduk Taman Suria 1 di Pusat Kawalan SRS bagi membincangkan dua program akan datang.

Program pertama ialah Majlis Bacaan Yaasiin Untuk Calon Peperiksaan dan Tahlil Hari Kebangsaan pada 30 Ogos 2016. Program akan bermula dengan persiapan tempat di Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1 dengan mendirikan sebuah khemah untuk Jamuan Nasi.

Bacaan Yaasiin dan Tahlil akan diadakan selepas Solat Maghrib berjemaah. Kos  untuk Jamuan Nasi akan dibiayai oleh Badan Kebajikan Penduduk Taman Suria 1 manakala Minuman, buah-buahan dan pinggan mangkuk akan dibiayai oleh pihak KRT .

Program kedua ialah Program Korban  / Akikah seekor lembu yang akan diadakan pada 13 September 2016 di Kampung Pochan, Padang Sera. Taklimat Akhir kepada peserta akan diadakan pada 2 September 2016. Bayaran awal setiap peserta sebanyak RM500.00 bagi satu bahagian lembu.

Mesyuarat juga turut membincangkan Jemputan ke Majlis Simpulan Kasih Diraja pada 22 Ogos 2016 yang akan disempurnakan oleh DYTM Tunku Panglima Besar Tunku Puteri Intan Safinaz binti Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah di Keriang Hill Resort. Pengerusi dan tujuh AJK akan hadir.

No comments:

Post a Comment