Sunday 7 August 2016

LAWATAN INTEGRASI KE TERENGGANU & KELANTAN

Alhamdulillah, program tersebut telah dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Peserta bertolak ke Terengganu pada jam 10.00 malam Khamis 4 Ogos, 2016 daripada hadapan Pusat Kawalan SRS. Seramai 13 AJK merangkap peronda dan 2 Peonda lain turut serta selaian Jiran Wanita dan Jiran Muda.

Rombongan tiba di Masjid Kayu, Jertih jam 5.30 pagi 5 Ogos 2016 dan sempat bersolat Suboh berjemaah dengan ahli Kariah masjid. Pserta ambil kesempatan untuk bersih diri sebelum bertolak ke Penarik untuk Sarapan Pagi.

Rombongan kemudian melawat ke Noor Arfa Batik di Chendering dan Desa Murni Batik di Bandar Kuala Terengganu sebelum ke Pasar Payang. Peserta lelaki menunaikan Solat Jumaat di Masjid Abidin berdekatan.

Rombongan Daftar Masuk ke Hotel KT Mutiara jam 3.30 petang selepas Makan Tengahari. Pertemuan dengan KRT Lorong Haji Da, Batu Burok berlangsung jam 5.00 hingga 7.00 petang. Pertemuan turut dihadiri Puan Asmawati, Pegawai Perpaduan Daerah Kuala Terengganu.

Pada 6 Ogos 2016, rombongan bertolak ke Kelantan. Pada mulanya kami dijangka bersama KRT Daerah Machang tetapi tiada maklumat sahih daripada PPD Machang mahupun KRT di sana tetapi semasa di dalam bas kira-kira jam 11.34 pagi pihak KRT Kg Bandar, Machang menelefon bahawa mereka bersedia menerima kunjungan kami pada jam 2.00 petang. Walaupun tidak bersedia ke sana kerana tidak membawa sebarang cenderahati, peserta bersetuju juga ke sana awal daripada masa ditetapkan untuk tidak menghampakan persiapan yang telah dibuat mereka. Pengerusi dan PPD Machang tidak dapat sertai pertemuan itu.

Jam 3.00 petang kami bertolak ke Kota Bharu dan kemudian terus balik ke Jitra. Rombongan tiba di Taman Suria 1 jam 3.30 pagi dengan selamatnya.

No comments:

Post a Comment