Wednesday 31 August 2016

BACAAN YAASIIN & TAHLIL HARI KEBANGSAAN & UNTUK CALON PEPERIKSAAN 2016

Progrem tersebut telah disempurnakan pada malam tadi bertempat di Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1.

Progrem bermula dengan persiapan tempat, memasang khemah serta lampu selepas Solat Asar.

Selepas Solat Maghrib berjemaah baharulah diadakan Bacaan Yaasiin dan Tahlil dipimpin oleh Ustaz Abdul Razak bin Ahmad dan Ustaz Abdul Ghani bin Aripin.

Selepas Solat Isyak berjemaah hadirin disajikan Jamuan Nasi Tomato, Teh Tarik dan Oren.

Seramai 53 orang penduduk Taman Suria 1 dan sekitarnya hadir.

No comments:

Post a Comment