Saturday 2 January 2016

CERAMAH MAULIDUR RASUL 1437H

Aktiviti tersebut telah disempurnakan pada 1 Januari 2016 selepas Solat Isyak di Pekarangan Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1. Penceramah Jemputan ialah Yang Berbahagia Ustaz Dr Mohamad Khadafi bin Haji Rofie daripada Sekolah Pengajian Umum, Universiti Utara Malaysia.

Aktiviti bermula sejak jam 8.30 pagi dengan memasang 3 buah khemah serta persediaan tempat oleh anggota lelaki. Jamuan tengahari untuk mereka ialah Gulai Ikan Temenong yang dimasak secara gotong royong.

Selepas Solat Asar anggota wanita pulak bergotong royong menyediakan Bihun Goreng untuk diagihkan kepada hadirin malam nanti.

Anggota lelaki dan penduduk bersolat Isyak berjemaah di Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1 sebelum ceramah diadakan.

1 comment:

  1. Awat tak boh gambar2 sama .... barulah bertambah cantik laporan...Tahniah kerana masih aktif membuat aktiviti dan hebahan dalam blog.

    ReplyDelete