Tuesday 15 March 2016

KARNIVAL KESIHATAN 3.0

Program tersebut telah diadakan pada 12 Mac, 2016 yang lalu di Pekarangan Dewan Orang Ramai, Taman Suria  dan Padang Permainan Taman Suria 1.

Program dimulai dengan Aktiviti Berjalan 1000 langkah KOSPEN.  Seramai 30 orang telah mengambil bahagian. Peserta kemudian membuat pemeriksaan tekanan darah yang dikendalikan oleh pihak Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu.

Selepas itu diadakan pula pemeriksaan glukosa darah ( diabetes ) . Turut diadakan ialah Pemeriksaan Pap Smear untuk wanita dan juga Pameran Pencegahan Denggi.

Pihak Hospital Jitra pula mengadakan Kempen Derma Darah yang dijalankan di dalam Dewan Orang Ramai.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Encik Mohd Shafirul bin Mohd Sattar, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu.

Program diakhiri dengan Jamuan Tengahari yang disediakan secara gotong royong oleh AJK kepada semua petugas dan AJK.

No comments:

Post a Comment