Saturday, 26 December 2015

HARI KELUARGA & JAMUAN TAHUNAN SRS

Program tersebut selesai dijalankan sepanjang hari kelmarin. Program bermula dengan urusan pembelian bahan mentah untuk BBQ, mendirikan khemah dan persiapan tempat serta  menyiang ikan dan memerap bahan masakan.

Selepas Solat Asar berjemaah di Dewan Orang Ramai, diadakan pula Sukaneka melibatkan kanak-kanak dan juga ibubapa hingga jam 7.00 petang. Antara acara dijalankan ialah membawa bola pingpong dalam sudu, membaling gelung rotan ke dalam kon.

Selepas Solat Maghrib berjemaah, diadakan Majlis Penyampaian Hadiah dan diikuti dengan Jamuan BBQ.




No comments:

Post a Comment