Wednesday 24 October 2012

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Hari Raya Aidil Adha akan disambut pada 26 Oktober, 2012.

Sempena perayaan tersebut, KRT Taman Suria dengan kerjasama Badan Kebajikan Penduduk Taman Suria 1 ( BKPTS1) akan menganjurkan Program Ibadah Korban melibatkan seramai 13 orang peserta pada 28 Oktober, 2012.

Penyembelihan korban akan dilakukan di Kampung Putat, Padang Sera pada jam 8.00 pagi dan akan disusuli dengan  acara gotong royong memasak daging korban di Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1. Majlis kenduri akan diadakan selepas itu.

Ini merupakan kali pertama program seumpama ini dijalankan. Sekiranya ada rezeki, InsyaAllah ianya akan diteruskan pada tahun hadapan dengan jumlah yang lebih besar dan meriah.

No comments:

Post a Comment