Thursday 27 September 2012

MESYUARAT BERSAMA BADAN KEBAJIKAN PENDUDUK

Malam tadi telah diadakan satu Mesyuarat Bersama Badan Kebajikan Penduduk Taman Suria 1 berhubung dengan Program Ibadah Korban 1433 Hijrah. Sebanyak dua ekor lembu akan dikorbankan.

Mesyuarat diadakan di Pusat Kawalan SRS dihadiri oleh semua AJK kedua-dua jawatankuasa. Agenda utama ialah membincangkan program pada tarikh berkenaan, iaitu pada 28 Oktober, 2012. Semua peserta yang terlibat akan bertolak ke Kampung Putat dan bukannya Kampung Pochan seperti dimaklumkan pada awalnya dan seperti tercatat pada sepanduk. Setiap peserta dinasihatkan membawa pisau serta bekas atau besen yang besar bagi mengisi daging korban. Sementara itu, kaum ibu dan AJK yang tidak terlibat dengan ibadah korban akan berada di Dewan Orang Ramai untuk menyediakan Jamuan Kenduri pada tengahari nanti. Anggaran 20 kilogram daging dan sebagainya akan digunakan untuk Jamuan Kenduri tersebut.

Mesyuarat juga telah melantik beberapa orang AJK mengetuai aktiviti memasak dan pembelian barangan sebelum hari tersebut.

Setiap peserta akan menyumbangkan sekilogram daging korban untuk dibuat kenduri dan sekilogram lagi sebagai upah sembelihan kepada Tukang Sembelih dan Tukang Lapah.

Mesyuarat terakhir bersama Peserta akan diadakan pada 17 Oktober, 2012. Bayaran penyertaan ditutup pada 30 September, 2012.

No comments:

Post a Comment