Sebanyak 2 ekor lembu telah dikorbankan melibatkan 14 orang peserta. Lembu-lembu telah disembelihkan di Kampung Putat, Mukim Padang Sera. Semua peserta hadir manakala AJK serta Peronda SRS dan keluarga yang tidak menyertai ibadah korban hadir ke Dewan Orang Ramai bergotong-royong memasak. 3 peserta mengadakan kenduri korban 2/3 daripada bahagian masing-masing menjadikan jumlah hampir 30 kg daging.
Seramai kira-kira 200 orang hadir pada majlis kenduri terdiri daripada penduduk Taman Suria serta saudara-mara peserta program.
Oleh kerana sambutan yang menggalakkan, program tersebut akan dijadikan sebagai acara tahunan.
No comments:
Post a Comment