Saturday 3 November 2012

TAKLIMAT SOP: 'MENGHENTI DAN MEMERIKSA' SEMASA OPERASI RONDAAN DAN TAKLIMAT AKTA RT 2012

Taklimat tersebut telah diadakan di PJ Sentosa Campsite, Puncak Janing, Padang Terap, Kedah dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang, 3 November, 2012.

Seramai 158 orang Pengerusi KRT/Pengerusi SRS daripada seluruh negeri Kedah kecuali Baling dan Sik hadir. Turut hadir semua PPD dan Penolong PPD berkaitan serta Penolong Pengarah Kanan JPNIN, Encik Mohd. Yussoff bin Daud selaku Urusetia.

Taklimat Pertama ialah SOP ' Menghenti dan Memeriksa ' Semasa Operasi Rondaan SRS Mengikut Seksyen 25, Akta Rukun Tetangga 2012. Taklimat disampaikan oleh YBhg. ASP Amran @ Mohamad Zaki bin Omar daripada Jabatan Siasatan Jenayah, IPD Padang Terap.

Selepas Makan Tengahari dan Solat Zohor, Taklimat Kedua dan Ucaptama ' Akta Rukun Tetangga 2012 ' disampaikan oleh YBhg. Encik Mohd. Saidi bin Midin, Pengarah JPNIN Kedah.

Di dalam kedua-dua taklimat berkenaan peserta didedahkan tentang had dan bidang kuasa Peronda SRS menjalankan tugas 'menghenti dan memeriksa' serta diikuti dengan simulasi tindakan berkenaan. Pesanan dan peringatan daripada YBhg. Pengarah ialah segala maklumat pada taklimat ini mesti disampaikan kepada semua Peronda SRS agar tiada implikasi undang-undang akan timbul sekiranya pelaksanaan kaedah tersebut tidak mengikut SOP. Satu pekeliling khusus akan dikeluarkan oleh Ibu Pejabat JPNIN tentang akta baru ini secara terperinci.

Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Mohd. Saidi bin Midin, Pengarah JPNIN Kedah.






No comments:

Post a Comment