Tuesday 11 September 2012

SAMBUTAN MERDEKA-RAYA PPNIN

Majlis tersebut telah sempurna diadakan pada 9 September, 2012 bertempat di Perkarangan Pejabat Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Daerah Kubang Pasu.

Majlis yang dirasmikan oleh YB Dato' Saad bin Haji Man, ADUN Jitra itu dimulai dengan Peraduan Mewarna Kanak-Kanak Tabika Perpaduan  pada jam 9.00 pagi.

Selepas peraduan mewarna itu diadakan pula Majlis Pengkisahan Sejarah Kemerdekaan oleh YBhg. Dato' Haji Shaarani bin Haji Hassan, Ahli Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah. Turut diadakan ialah Deklamasi Sajak Patriotik oleh Encik Ahmad Shukri, Pengerusi KRT Taman Bersatu.

Turut hadir dan berucap ialah YBhg. Encik Yussof bin Saad, Wakil Pengarah JPNIN.  Majlis diakhiri dengan Jamuan Raya berkonsepkan Gerai. Beberapa KRT ditugaskan untuk menyediakan beberapa menu jamuan. Antaranya ialah Nasi Tomato, Roti Jala, Sate, Bihun Sup serta Lincikang. KRT Taman Suria dipertanggungjawabkan untuk menyediakan Lemang dan Rendang ala Johor.

Seperkara yang kurang enak dan tidak sepatutnya berlaku ialah ramai pemilik kenderaan yang menghadiri majlis berkenaan disaman oleh Polis Trafik kerana kesalahan meletak kenderaan di tepi jalan.

No comments:

Post a Comment