Sunday 2 September 2012

SAMBUTAN MERDEKA-RAYA 2012

















Majlis tersebut telah sempurna diadakan pada 1 September, 2012. Majlis yang bermula jam 8.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 11.30 pagi di perkarangan Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Deklamasi Sajak / Puisi Patriotik bertemakan kemerdekaan negara. Peserta yang mengambil bahagian terdiri daripada ahli RT dan Jiran Muda mengikut lorong. Peserta yang mengambil bahagian kemudiannya menerima Hamper.

Hadirin disajikan dengan pelbagai menu. Antaranya ialah lemang, rendang,serunding, lontong, roti jala dan minuman sejuk. Kanak-kanak disediakan juga coklat/gula-gula.

Seramai 98 orang hadir. Turut hadir ialah Encik Mohd. Shafirul bin Abdul Satar, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu.

No comments:

Post a Comment