Sunday 16 September 2012

PUSAT KAWALAN SRS

Hari Jumaat lepas, 14 September 2012 berlaku angit ribut yang kuat sewaktu umat Islam berada di Masjid menunaikan Solat Jumaat.

Kabin Pusat Kawalan SRS pun menjadi mangsa yang entah ke berapa kali. Beberapa keping siling di bahagian luar terjatuh ke bawah atau diterbangkan masuk ke dalam kabin. Sekeping siling di bahagian kaunter terjatuh ke bawah dan penutup lampu tertanggal langsung daripada tempatnya!

Pengerusi dan dua orang Peronda yang kebetulan lalu di situ terpaksa  memberhentikan kereta dan pergi meminjam tangga daripada penduduk untuk memasukkan semula lampu dan sarangnya ke tempat asalnya.

Di dapati, kerja kontraktor kabin melakukan tugas mereka sambil lewa sahaja. Siling yang kerap terjatuh diterbangkan oleh angin yang kuat itu tidak di'rivet' langsung!!.  Mengikut seorang rakan kontraktor binaan, siling seperti itu tidak sesuai dipasang di bahagian luar bangunan!!!

Nampaknya pihak KRT terpaksalah membelanjakan wang peruntukan untuk kerja-kerja pembaikan kecil - melekatkan siling dengan gam khas dan memasang rivet kepada semua kepingan aluminium yang menggantung siling-siling berkenaan agar tidak lagi menjadi mangsa angit kuat!!!

Menurut Pengerusi KRT, masalah siling ini telah banyak kali dimaklumkan kepada pihak PPNIN dan juga Kontraktor tetapi tiada tindakan positif diambil. Harap pihak JPNIN membaca blog ini!!!

No comments:

Post a Comment