Tuesday 10 July 2012

MESYUARAT BERSAMA BADAN KEBAJIKAN PENDUDUK TAMAN SURIA 1

Semalam telah diadakan Mesyuarat Bersama  Dengan Badan Kebajikan Penduduk Taman Suria 1 bagi membincangkan pelaksanaan empat aktiviti pada bulan Ramadan dan Syawal akan datang.

Mesyuarat telah berbincang dan bersetuju melaksanakan empat aktiviti berikut:
(a) Majlis Berbuka Puasa Bersama Penduduk pada 27 Julai, 2012 bersamaan 7 Ramadan 1433, hari Jumaat;
(b) Majlis Bacaan Yaasiin Perdana Sempena Hari Kemerdekaan ke-56 dan Untuk Calon-Calon Peperiksaan Sekolah pada 31 Ogos, 2012 ( Jumaat );
(c) Sambutan Merdeka-Raya pada pagi 1 September, 2012;
(d) Jamuan Moreh di Masjid Al-A'la tetapi tarikh belum diperolehi daripada pihak masjid. Sumbangan tetap sebanyak RM200.00

Majlis juga berbincang tentang kadar sumbangan ikhlas daripada penduduk yang ditetapkan sebanyak RM30.00 setiap keluarga. Semua AJK diminta segera membuat kutipan sebelum 20 Julai, 2012.

Selain itu, majlis juga berbincang menu juadah yang akan disediakan untuk semua aktiviti di atas.

No comments:

Post a Comment