Sunday 24 June 2012

CERAMAH ISRA' DAN MIKRAJ

Malam tadi, 23 Jun 2012 telah diadakan Ceramah Agama sempena Peristiwa Isra' dan Mikraj Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Majlis diadakan selepas Solat Isyak di Padang Permainan Taman Suria.

Ceramah disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Mohd. Nizho bin Abdul Rahman, Pensyarah Kanan, Sekolah Pengajian Umum, Kolej Sastera dan Sains, Universiti Utara Malaysia.

Ceramah yang pertama kali menggunakan Projektor LCD itu menarik perhatian dan tumpuan kira-kira 140 orang penonton. Walaupun keadaan padang yang basah akibat hujan lebat dan angin selepas waktu Asar hingga maghrib tidak membantutkan kehadiran penonton daripada taman-taman dan kampung sekitar untuk khusyuk mengikuti ceramah yang begitu informatif.

Penonton terpukau dan teruja melihat paparan pada skrin besar bersaiz 10 kaki persegi segala grafik, gambar dan  bukti kebesaran Allah SWT berkaitan dengan peristiwa besar yang berlaku ke atas Baginda Rasulullah SAW.

Majlis diakhiri dengan Jamuan Bersama penceramah di dalam Pusat Kawalan SRS pada jam 11.30 malam
.

No comments:

Post a Comment