Sunday 29 July 2012

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PENDUDUK

Semalam telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa Bersama Penduduk. Majlis yang diadakan dengan kerjasama Badan Kebajikan Penduduk Taman Suria 1 itu telah diadakan di Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1.

Lebih daripada 90 orang penduduk terdiri daripada Jiran Usia Emas, Jiran Wanita dan juga Jiran Muda. Ramai telah berkumpul sejak jam 6.30 petang walaupun Waktu Berbuka 7.38 minit malam.


Hadirin disajikan dengan juada Nasi Berempah Ayam Masak Merah, Kuih Seri Kaya Bakar dan Seri Muka, Karipap Pusing, Kurma, Air Sirap Bandung dan Teh 'O' Panas.

Selepas Berbuka Puasa jemaah lelaki menunaikan Solat Maghrib berjemaah di dalam Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1.




No comments:

Post a Comment