Monday 11 June 2012

PUSAT KAWALAN SRS

Pada 6 Jun, 2012 lalu berlaku tiupan angin yang kuat hingga menyebabkan semua siling di bahagian sisi ( kaunter ) dan depan tercabut, jatuh atau terjuntai ke bawah.

Akibatnya, semua Peronda bertugas pada hari berikutnya terpaksa berpeluh memasukkan dan membetulkan semula. Apa yang tidak disangka mereka ialah beberapa keping siling tersebut lebih pendek dari saiznya menyebabkannya boleh sangkut hanya sedikit sahaja. Selain itu, terdapat juga kepingan bilah aluminium yang digunakan untuk menggantung siling tidak dipasang di bahagian kaunter.

Pada kami, rekabentuk pusat ini langsung tidak praktikal apabila memasang  siling seumpama itu di bahagian luar yang terdedah pada tiupan angin. Sepatutnya perekabentuk lebih kreatif dan proaktif dengan menjangkakan perkara seumpama ini akan berlaku!!!

No comments:

Post a Comment