Thursday 21 June 2012

GOTONG ROYONG

Pada Sabtu lepas, 15 Jun, 2012 telah diadakan satu Mini Gotong Royong untuk menabur pasir  di hadapan dan sebelah kaunter Pusat Kawalan SRS.

KRT memesan sebuah lori penuh pasir halus. Kerja-kerja mengangkut dan menabur pasir selesai sejam kemudian. Walau bagaimanapun, kerja-kerja menyusun dan memasang slab simen tidak dapat diteruskan kerana lori yang ditempah untuk mengangkut 150 keping slab simen tidak muncul.

Pada petang semalam, 20 Jun, 2012 slab simen telah dihantar. KRT telah memohon jasa baik pemilik kedai borong ikan kering berhampiran  untuk menggunakan fork lift bagi mengangkat slab simen setiap palet seberat 600 kg dari atas lori ke hadapan Pusat Kawalan SRS. Peronda dan AJK juga membantu.

Kerja-kerja menyusun slab simen di hadapan, bahagian kaunter dan laluan masuk dimulakan selepas solat Isyak sehingga melewati jam 12.30 pagi tadi.


No comments:

Post a Comment