Sunday 27 May 2012

SAMBUTAN MINGGU PERPADUAN DAERAH KUBANG PASU

Malam semalam telah berlangsung Majlis Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Daerah Kubang Pasu 2012. Majlis yang diadakan di Dewan Kolej Kejururawatan Jitra telah disempurnakan perasmiannya oleh YB Dato' Ahmad Zaini bin Japar, ADUN Bukit Kayu Hitam. Turut hadir ialah PPD Kubang Pasu, Encik Ismail bin Zakaria, kedua-dua Penolong PPD, semua Pengerusi KRT serta lima orang wakil setiap KRT. Selain itu, turut hadir ialah Kontinjen Pasukan Khas Sukarelawan- Rukun Tetangga              ( PKS-RT ) dan juga Rakan Strategik PPNIN yang terdiri daripada agensi kerajaan dan swasta yang banyak menyumbang untuk PPNIN dan Rukun Tetangga di dalam aktiviti yang dijalankan.

Pengisian majlis ialah penyampaian anugerah kepada Rakan Strategik PPNIN, Kontinjen PKS-RT dan acara kemuncaknya ialah Anugerah Tokoh Perpaduan Daerah Kubang Pasu yang dimenangi oleh Tuan Haji Abdul Hamid bin Haji Ahmad,bekas Naib Pengerusi KRT Jitra Selatan.

No comments:

Post a Comment