Sunday 24 June 2012

MINI SUKANEKA PERPADUAN











Mini Sukaneka Perpaduan telah diadakan pada pagi semalam, 23 Jun, 2012 sempena Majlis Perasmian Pusat Kawalan SRS oleh YB Dato' Saad bin Haji Man, ADUN Jitra.

Walaupun acara terpaksa dimulakan lewat sejam akibat hujan yang tiba-tiba turun pada jam 8.15 pagi, kehadiran peserta cukup menggalakkan. Hampir 150 orang hadir terdiri daripada Tunas Jiran, Jiran Muda, Jiran Wanita dan Jiran Usia Emas.

Sejumlah 16 acara dipertandingkan antaranya Mencari Belon Di dalam Tepung, Tiup Belon Sampai Pecah, Kasut Tempurung, Terompah Gergasi  dan Tarik Upeh untuk Tunas Jiran dan Jiran Muda. Acara bagi Jiran Wanita dan Rukun Tetangga ialah Boling Kelapa. Semua acara ini diadakan di Padang Permainan berhampiran dengan Pusat Kawalan SRS. 2 acara tidak sempat dijalankan kerana melewati waktu Zohor.

Selain itu, acara Mewarna Bersama Keluarga juga diadakan untuk Murid Tadika dan Murid Tahap 1. Acara ini diadakan di dalam Dewan Orang Ramai, Taman Suria.

YB Dato' Saad bin Haji Man yang tiba lewat sejam setengah tidak merencatkan semangat AJK dan peserta yang sabar menunggu untuk Majlis Perasmian Pusat Kawalan SRS dan seterusnya menyampaikan hadiah-hadiah bagi acara-acara yang dijalankan terdahulu.

No comments:

Post a Comment