Sunday 24 June 2012

MAJLIS PERASMIAN PUSAT KAWALAN SRS

Majlis tersebut telah selesai dijalankan pada 23 Jun, 2012 kira-kira jam 11.15 pagi.

YB Dato' Saad bin Haji Man, yang tiba lewat lebih sejam telah menunaikan jemputan KRT Taman Suria dalam suasana sungguh ceria dan mesra.  Beliau meninjau dan bermesra dengan kebanyakan hadirin dan menyaksikan acara Boling Kelapa yang sedang dijalankan.

Beliau turut melakukan Gimik Perasmian dengan menekan butang bagi menaikkan kain Penutup Plak Perasmian. Tembakan mercun 12 das juga dilepaskan. Dalam ucapannya , beliau menyeru lebih ramai penduduk menyokong aktiviti KRT dan menyertai SRS kerana banyak manfaatnya untuk semua penduduk.

Selepas acara penyampaian hadiah beliau sempat menikmati jamuan ringan di dalam Pusat Kawalan SRS dan bermesra dengan AJK sebelum terpaksa bergegas ke satu lagi jemputan di Bandar Jitra, walaupun terlewat setengah jam dari jadual.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah YM Encik Ku Aziz bin Ku Mat Esa, Pemangku Pegawai Perpaduan Daerah. Kubang Pasu serta beberapa orang AJK Badan Kebajikan Penduduk Taman Suria.

Sekalung Penghargaan kepada YB Dato' Saad bin Haji Man yang telah sudi hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Pusat Kawalan SRS, KRT Taman Suria.

No comments:

Post a Comment