Saturday 26 May 2012

LAWATAN MUHIBAH




Semalam, 25 Mei, 2012 KRT Taman Suria telah mengadakan Lawatan Muhibah ke KRT Pekan Kupang Sejahtera, Baling, Kedah.

Seramai 26 orang ahli KRT/Jiran Wanita menyertainya. Turut serta ialah 13 orang Jiran Muda dan Tunas Jiran, termasuk 8 orang pemain  futsal Jiran Muda.

Rombongan bertolak daripada Taman Suria jam 8.15 pagi dan tiba di Pekan Kupang jam 11.00 pagi. Setibanya di sana rombongan disajikan dengan minuman pagi. Selepas itu diadakan pula perlawanan futsal persahabatan antara kedua-dua KRT yang berkesudahan dengan jaringan seri 1-1.

Selepas Solat Jumaat di Masjid al Ghafran, Kupang rombongan bertolak ke Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Siong, Baling. Rombongan berada di sana sehingga jam 7.00 malam sebelum bertolak balik ke Jitra.

Lawatan Muhibah ini diadakan sebagai membalas Lawatan KRT Pekan  Kupang Sejahtera pada 25 Disember, 2011 ke KRT Taman Suria.






No comments:

Post a Comment