Thursday 1 March 2012

KARNIVAL KOMUNITI SIHAT 2012

Karnival tersebut bakal dilaksanakan pada 10 Mac, 2012 bertempat di Perkarangan Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1 dari jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari.

Antara aktiviti yang akan diadakan ialah Kempen Derma Darah oleh Hospital Kuala Nerang, Pameran dan Pemeriksaan Kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu, Pameran Pencegahan Dadah oleh AADK Kubang Pasu, Pameran dan Jualan Produk Penjagaan Kesihatan Al-Jabbar dan Elken serta Pameran Penjagaan Kebersihan oleh Environment IDAMAN.

Jemputan telah dibuat kepada semua KRT di Daerah Kubang Pasu. Hebahan melalui Masjid Al-A'la dan akhbar Sinar Utara akan dibuat. Majlis Perasmian dijangka akan disempurnakan oleh YB Dato' Wira Mohd Johari bin Baharom.

Semua dijemput hadir.

No comments:

Post a Comment