Sunday 11 March 2012

KARNIVAL KOMUNITI SIHAT 2012



















Pada 10 Mac, 2012 semalam telah berlangsungnya aktiviti di atas.

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Zulfitri bin Yaacob, Setiausaha Sulit kepada YB Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharom, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Kubang Pasu yang tidak dapat dapat hadir atas tugasan rasmi yang lain.

Seramai 50 orang pengunjung hadir, 17 daripadanya adalah Penderma Darah. Agensi Kerajaan dan swasta yang turut serta ialah Unit Patologi, Hospital Kuala Nerang, Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu, Agensi Anti-Dadah Kebangsaan Daerah Kubang Pasu dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan / ( Environment IDAMAN ). Selain itu, turut serta ialah Pengedar ELKEN dan Herbalife di Jitra. Jumlah AJK dan Petugas agensi yang hadir seramai 42 orang.

Agak menyedihkan ialah kurangnya sambutan daripada penduduk setempat/sekitar walaupun hebahan telah dibuat di masjid, Radio Kedah FM dan akhbar Sinar Utara. Jemputan juga telah dibuat kepada seluruh KRT di Daerah Kubang Pasu. Mungkin betul jugak pendapat salah seorang pengunjung yang mengatakan bahawa mereka yang tidak datang itu kerana "kurang sihat" sehingga tidak dapat keluar rumah ke program ini...

No comments:

Post a Comment