Monday 27 February 2012

MESYUARAT KARNIVAL SUKANEKA PERPADUAN KUBANG PASU 2012

Semalam, 26 Februari 2012 telah diadakan Mesyuarat Penyelarasan Kali Pertama, Karnival Sukaneka Perpaduan Peringkat Parlimen Kubang Pasu 2012. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi J/Kuasa Penasihat dan Penyelaras Rukun Tetangga Parlimen Kubang Pasu, Tuan Haji Shuib telah diadakan mulai jam 9.00 malam di Bilik Mesyuarat Utama, Kolej Komuniti Kubang Pasu.

KRT Taman Suria diwakili oleh Pengerusinya, Encik Shahimi M. Alim. Turut hadir YM Encik Ku Aziz bin Ku Md Isa, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah dan dua orang Guru Tabika.

Antara lain , mesyuarat membincangkan jenis acara dan pameran yang akan dilangsungkan sehari suntuk. Mesyuarat juga telah melantik Pengerusi Jawatankuasa Kecil Acara yang dikehendaki menyediakan bajet bagi setiap acara dan yang akan dibincangkan pada mesyuarat kali kedua nanti.

Karnival ini sepatutnya diadakan pada akhir tahun 2010 lalu tetapi terpaksa ditangguhkan akibat banjir. Pada kali ini, karnival berkenaan akan diadakan sama ada pada 7 atau 14 April, 2012 bergantung kepada kelapangan masa YB Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharom, Ahli Parlimen Kubang Pasu merangkap Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang akan merasmikannya nanti. Venue pilihan ialah di Stadium Mini Kubang Pasu, Jalan Wat Siam.

No comments:

Post a Comment