Wednesday 15 February 2012

PUSAT RONDAAN SUKARELA

Pada jam 4.15 petang tadi Wakil Kontraktor telah hadir untuk membawa Pengerusi KRT dan YM Encik Ku Aziz bin Ku Md Desa (Penolong Pegawai Perpaduan Daerah) untuk meninjau secara dekat daripada sebelah dalam Pusat Rondaan Sukarela ( PRS ), nama rasmi bagi Pusat Kawalan SRS yang telah siap kira-kira dua minggu lepas. Turut hadir ialah Tuan Hj. Azmi Mat ( Bendahari KRT ) dan Puan Hjh. 'Alawiah Mustaffa, Penolong Setiausaha KRT.

Pihak KRT diminta untuk menyatakan jika terdapat sebarang kecacatan pada binaan PRS. Seperti semua PRS lain, kecacatan ketara ialah pada bahagian belakang yang menempatkan rak-rak. Di bahagian luar tidak dibina dengan bahan yang sama seperti pada bahagian dinding lain tetapi dengan plywood dan besi jeriji pula tidak dibina keseluruhannya. Bahagian tersebut dengan mudah boleh ditolak dengan tangan sahaja. Adalah tidak selamat untuk meletak sebarang peralatan SRS di rak-rak tersebut.

Pihak KRT juga memohon supaya pihak Kontraktor untuk membina laluan simen bagi memudahkan Peronda untuk memandu masuk motorsikal sehingga rapat dengan PRS. Dicadangkan juga supaya KRT memohon supaya dipasang lampu domestik pada tiang elektrik di belakang PRS. Pihak KRT akan mengubahsuai papan iklan kontraktor sebagai Papan Nama PRS nanti. YM Encik Ku Aziz mencadangkan supaya pihak KRT membeli slab daripada Kilang Nichias di Bandar Darulaman untuk diletakkan di bahagian hadapan PRS sebagai tempat letak motorsikal serta kawasan Perbarisan Peronda sebelum keluar meronda.

Adalah difahamkan bahawa Majlis Penyerahan Rasmi PRS akan dibuat pada awal Mac, 2012 nanti.

No comments:

Post a Comment