Seminar Keselamatan Kejiranan Peringkat Negeri Kedah 2014 telah diadakan semalam, 27 September, 2014 bertempat di Dewan Tunku Anum, Kompleks Pentadbiran Daerah Kubang Pasu mulai jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
Sebanyak 3 ceramah telah dibentangkan oleh penceramah undangan daripada Polis DiRaja Malaysia ( PDRM ) serta JPNIN Putrajaya termasuk Perkongsian Pengalaman Bersama KRT Cemerlang dan Ketua Peronda Cemerlang Negeri Kedah 2014.
Ceramah 1: Perspektif Pencegahan Jenayah Dalam Komuniti oleh Tuan ACP Shamsudin Mat, Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, IPK Kedah; Ceramah 2: Pusat Kawalan PDRM: Jaringan Kerjasama Rukun Tetangga Dengan PDRM oleh Tuan ASP Muhamad Halim Yatim, Pegawai Turus Gerakan, IPK Kedah; Ceramah 3: NKRA Keselamatan: Peranan dan Tanggungjawab Anggota SRS oleh Tuan Haji Abd. Hadi Mohd Salleh, Pengarah Bahagian Perhubungan Masyarakat dan Kejiranan, JPNIN Putrajaya. Turut berucap di dalam Majlis Perasmian Penutup ialah Tuan SAC Mohd Shariff, Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, IPK Kedah mewakili YDH Dato' Ketua Polis Negeri Kedah.
Seramai kira-kira 600 orang peserta terdiri daripada AJK KRT dan SRS serta Pegawai Polis Penjaga Balai ( OCS ) serta anggota lain-lain pangkat PDRM seluruh Kedah. KRT Taman Suria menghantar Pengerusi ( Encik Shahimi M. Alim ), Timbalan Pengerusi ( Haji Othman Ali ), Peronda SRS ( Shamsul Kamal Zainol Abidin dan Abdul Ghani Aripin ).
Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil Kehadiran telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Dr. Leong Yong Kong, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah. Yang turut hadir ialah Tuan Mohd Saidi Midin, Pengarah JPNIN Kedah serta wakil Pegawai Daerah Kubang Pasu.
No comments:
Post a Comment