Saturday, 8 November 2014

PROGRAM JOM KACAU BUBUR ASYURA 1436H

Program tersebut telah sempurna dilaksanakan pada pagi tadi di Perkarangan Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1 dengan kerjasama Badan Kebajikan Penduduk Taman Suria 1.
Seramai 25 orang penduduk terdiri daripada AJK, Peronda dan Jiran Wanita hadir membantu menyediakan bahan dan bersama-sama bergotong-royong memasak.
Kos perbelanjaan dibahagikan sama rata antara kedua-dua badan berkenaan.
Program bermula sejak malam tadi dengan merebus bahan-bahan dan aktiviti memasak dimulakan sejak jam 8.30 pagi ini dan berakhir jam 11.30 pagi.  Sebanyak dua buah kawah digunakan.



















Selepas itu setiap rumah penduduk diagihkan bubur asyura di dalam sebuah tupperware 750gm.

No comments:

Post a Comment