Monday, 15 September 2014

LARIAN PERPADUAN & KIBAR JALUR GEMILANG MERDEKA 57

Program tersebut telah didakan hari ini dengan acara pelepasannya telah dibuat di Kompleks Imigresen dan Kastam Bukit Kayu Hitam. Ianya disempurnakan oleh YB Dato' Ahmad Zaini Jaafar, ADUN Bukit Kayu Hitam kira-kira jam 9.20 minit pagi.

Peserta larian seramai 57 orang itu akan berlari sejauh 57 kilometer sehingga Tasek Darulaman tiba di Pusat Hentian 2 di Kg. Natoi kira-kira jam 11.40 pagi. Menariknya, 2 orang AJK KRT turut berlari mengiringi peserta kira-kira 250 meter sebelum sampai ke Pusat Hentian.

Mereka disambut oleh 10 orang AJK KRT dan Peronda SRS Taman Suria. Petugas daripada dua lagi  KRT yang sepatutnya membantu, tidak hadir.

Yang turut hadir menunggu peserta ialah Penolong-Penolong Pegawai Perpaduan Daerah serta Pengerusi KRT Taman Mahsuri.

Setibanya peserta, mereka diagihkan minuman serta makanan buah lai dan roti planta dan juga span berair untuk membasahkan badan. Peserta tertua berusia 62 tahun dan termuda 18 tahun.

Hujan turut turun sebaik sahaja mereka memasuki kawasan Restoran  Cendul Pulut Jo Arah Selatan yang dijadikan Pusat Hentian. Peserta berhenti rehat setengah jam sebelum berlepas ke Pusat Hentian 3 seterusnya di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu kira-kira jam 12.15 tengahari. Seorang AJK KRT telah mengiringi larian sehingga kira-kira 200 meter bersama peserta.

Tahniah dan Syabas kepada semua peserta dan petugas di Pusat Hentian Kg. Natoi.





























No comments:

Post a Comment