Friday, 5 September 2014

BACAAN YAASIIN PERDANA

Majlis tersebut telah disempurnakan pada malam tadi bertempat di Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1 dengan kerjasama Badan Kebajikan Penduduk Taman Suria 1.

Majlis yang bermula sejak petang itu dihadiri seramai 70 orang penduduk terdiri daripada 63 lelaki dan 7 wanita termasuk kanak-kanak/remaja yang bakal menduduki peperiksaan awam seperti UPSR, PT3, SPM dan juga STPM.

Bacaan Yaasiin diadakan selepas Solat Maghrib dikhalifahkan oleh Ustaz Abdul Ghani untuk memohon keberkatan dan diberikan ingatan yang kuat kepada kanak-kanak/remja yang bakal menduduki peperiksaan awam mulai minggu hadapan. Selain itu, bacaan Yaasiin juga diadakan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan negara ke-57.

Hadirin kemudian disajikan dengan jamuan Nasi Minyak, Ayam Masak Merah, Dalca serta Acar Timun dan Minuman Oren selepas selesai Solat Isyak.















No comments:

Post a Comment