Malam tadi telah diadakan mesyuarat tersebut di atas di Dewan Orang Ramai, Taman Desa Damai, Jitra dengan dihadiri kira-kira 25 orang Pengerusi/Setiausaha KRT Kawasan Jitra, Bandar Darulaman dan Kepala Batas yang menjadi laluan utama larian berkenaan.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Mohd. Shafirul Abd. Sattar, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu. KRT Taman Suria diwakili oleh Pengerusinya, Encik Shahimi M. Alim.
Mesyuarat dimaklumkan bahawa tarikh program telah diubah dengan permintaan pihak Pejabat Daerah Kubang Pasu. Tarikh baru ialah pada 15 September, 2014 pada masa dan di tempat yang sama.
Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa Check Point Utama di Jitra ialah di IbuPejabat Polis Daerah Kubang Pasu. Check Point lain ialah di seberang jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Hosba, di hadapan Pasaraya YAWATA ataupun di Taman Tengku Maheran. Pelari akan berpatah balik di Pekan Kepala Batas menuju ke Taman Mahsuri untuk berehat sebelum meneruskan larian ke Taman Tema Darulaman selepas solat Isyak untuk gimik Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada VVIP.
Petugas di Check Point hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya 10 orang AJK atau ahli KRT untuk mengagihkan minuman, makanan dan span yang dibasahkan kepada pelari terbabit. Petugas di tempat berkenaan akan mengibarkan Jalur Gemilang dan juga menyediakan sepanduk yang bersesuaian.
No comments:
Post a Comment