Friday, 12 September 2014

MESYUARAT PENYELARASAN KE-3 LARIAN PERPADUAN 2014

Mesyuarat di atas telah dilangsungkan pada petang tadi bertempat di Pusat Kawalan SRS Taman Mahsuri, Bandar Darulaman, Jitra.

Mesyuarat di pengerusikan bersama oleh Encik Mohd. Shafirul Abd. Sattar, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah dan Encik Ahmad Shaker, Pengerusi KRT Taman Mahsuri selaku Penganjur.

Turut hadir ialah 8 Pengerusi / Wakil Pengerusi KRT yang terlibat di Pusat Hentian ( Check Point ) daripada Bukit Kayu Hitam hingga ke Kepala Batas. Pusat hentian Kg. Natoi di mana KRT Taman Suria terlibat dijangka menerima peserta larian sekitar jam 11.30 pagi.

Mesyuarat dimaklumkan tentang jadual larian, menu makanan dan minuman serta senarai pusat hentian terkini. Petugas pusat hentian diminta memakai vest, topi dan baju-t KRT. Selain itu, KRT diminta membawa Walkie-talkie bersama untuk komunikasi antara pusat hentian dan pengelola program.

Selepas mesyuarat ketua pusat hentian menerima bendera tangan dan sebahagian daripada minuman dan juga span. KRT diminta menyediakan baldi, jag, sudip dan juga kon keselamatan. Makanan - roti planta dan buah akan diedarkan pada hari berkenaan.

No comments:

Post a Comment