Wednesday, 1 May 2013

GOTONG ROYONG BERSAMA UUM

Program tersebut akan diadakan pada pagi Jumaat, 3 Mei, 2013. Tumpuan utama program ialah pembasmian tempat pembiakan nyamuk aedes pembawa Demam Denggi.

Satu perjumpaan khas bersama dengan pihak UUM telah diadakan pada 29 April 2013. Pihak UUM akan menghantar sekumpulan siswa luar negara yang tidak pulang bercuti sempena PRU-13. Segala peralatan kerja dan jamuan akan disediakan oleh pihak berkenaan. Sebuah lori sampah juga turut disediakan oleh pihak UUM. Pihak KRT Taman Suria akan menyediakan minuman ringan, air mineral serta plastik sampah. Dua buah khemah akan didirikan pada petang Khamis, 2 Mei, 2013.

Mesyuarat Bersama KRT Taman Suria dengan Badan Kebajikan Penduduk Taman Suria 1 telah diadakan semalam, 30 April, 2013 untuk agihan tugas kepada setiap AJK kedua-dua badan.

No comments:

Post a Comment