Friday, 3 May 2013

GOTONG ROYONG BERSAMA UUM / YAYASAN SUKARELAWAN SISWA

Program tersebut telah sempurna dilaksanakan pada pagi tadi, 3 Mei, 2013. Majlis bermula jam 8.00 pagi dan tamat jam 11.45 pagi.

Seramai 40 orang pelajar antarabangsa UUM terdiri daripada 39 orang pelajar daripada Thailand dan seorang daripada Indonesia hadir. Turut  hadir ialah 7 orang pelajar tempatan mewakili Majlis Perwakilan Mahasiswa serta 3 orang pelajar senior daripada Thailand selaku jurubahasa. Yang turut hadir ialah seramai 6 orang pelajar dan pegawai daripada Yayasan Sukarelawan Siswa daripada Kuala Lumpur. Pegawai Tadbir HEP & Alumni UUM, Encik Mohd. Nawawi Mohd. Isa bertindak selaku Penyelaras Program.

Selepas sarapan pagi, peserta dibahagikan kepada 10 kumpulan kecil ke 10 buah lorong di dalam taman untuk membersihkan longkang-longkang dan sekitarannya daripada bekas-bekas yang menakungi air mengandungi jentik-jentik nyamuk aedes. Semua sampah/sisa pepejal kemudian dimasukkan ke dalam lori sampah daripada UUM untuk dihantar ke tempat pelupusan sampah MDKP.

Hadirin juga turut bertuah kerana dikunjungi oleh calon Parlimen Kubang Pasu, Dato' Mohd. Johari Baharum yang sudi menyempurnakan Perasmian Penutup Program kira-kira jam 10.45 pagi. Turut hadir kemudiannya ialah calon DUN Jitra, Saudara Aminuddin Omar.

Pelajar UUM kemudian bertolak balik ke UUM selepas menikmati makan tengahari pada jam 12.00 tengahari.

Pihak Yayasan Sukarelawan Siswa kemudian menghadiahkan kesemua peralatan kerja seperti cangkul longkang, pencakar dan pungkis kepada pihak taman.






















No comments:

Post a Comment