Sungguh menyedihkan!
Itulah yang boleh diperkatakan tentang kualiti perabot ( kerusi ) yang dibekalkan ke Pusat Kawalan SRS. Baru genap setahun, kerusi-kerusi yang dibekalkan sudah mulai rosak kain balutannya sehingga menampakkan span di dalamnya. Kain balutan pada kerusi-kerusi amat mudah terkoyak apabila disentuh. Sejak dari mula lagi, semasa kami menerimanya jelas kelihatan perbezaan kualiti beberapa buah kerusi tersebut. Kerusi yang mudah koyak itu, kain balutannya sudah pudar warnanya.... ( mungkin stok lama, agaknya.... ).
Justeru itu, arahan sudah diberikan kepada petugas-petugas agar berhati-hati mengangkat/mengubah kedudukan kerusi supaya tidak terkoyak lagi.
Selain itu, beberapa buah kerusi lainnya sering tertanggal skru pada bahagian bawah tempat duduk!
No comments:
Post a Comment