Semalam telah diadakan Mesyuarat Bersama Badan Kebajikan Penduduk Taman Suria 1 ( BKPTS1 ) bertempat di Pusat Kawalan SRS.
Antara perkara dibincangkan ialah persiapan Karnival Komuniti Sihat 2013 yang akan diadakan pada 8 Jun, 2013 nanti. Persiapan berkaitan: Persiapan tempat - dewan untuk Kempen Derma Darah; pemasangan 4 buah khemah untuk pameran dan pemeriksaan kesihatan; tempahan makanan untuk majlis perasmian dan kepada petugas dan AJK; tempahan cenderahati.
Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa pihak Telekom Malaysia bercadang untuk turut serta mengadakan Promosi Streamyx, Peraduan Mewarna dan Sukaneka pada sebelah petang.
Mesyuarat juga membincangkan persiapan untuk Ceramah Agama Sempena Sambutan Israk dan Mikraj 1434 Hijriah yang akan diadakan selepas Solat Isyak hari yang sama.
Selain itu, mesyuarat juga membincangkan persiapan Lawatan Mesra ke Rumah Anak-Anak Yatim, Kompleks Penyayang Dr. Siti Hasmah, Kangar, Perlis dan lawatan ke Ladang Anggur, Bukit Bintang, Perlis pada 29 Jun, 2013. Bas sudah ditempah; kutipan sumbangan pakaian dan makanan akan dibuat dua minggu sebelum tarikh aktiviti.
No comments:
Post a Comment