Pada 28 hingga 30 April, 2011 lalu, KRT Taman Suria telah melaksanakan program Lawatan Sambil Belajar ke Putrajaya dan Melaka.
Progam tersebut khusus untuk AJK KRT, Jiran Wanita dan Jiran Muda. Turut serta adalah ahli keluarga masing-masing. Jumlah peserta seramai 38 orang.
Rombongan bertolak dengan bas Uniutama Travel & Tours daripada Taman Suria pada jam 10 malam, 28 April, 2011 dan tiba di Putrajaya jam 9 pagi esoknya selepas singgah untuk mandi, solat Subuh dan sarapan pagi di Restoran Jejantas Sg. Buloh.
Di Putrajaya, rombongan hanya melawat kawasan sekitar tanpa dapat turun untuk sesi bergambar kerana keadaan hujan. Pada jam 9.45 pagi, rombongan ke Ibu pejabat JPNIN, Putrajaya untuk Majlis Sepagi Bersama JPNIN dan menghadiri Taklimat oleh Bahagian Komunikasi JPNIN. Turut hadir ialah rombongan daripada PPNIN Yan, Kedah.
Selepas Jamuan Ringan, rombongan bergerak ke Melaka dan singgah di Nilai 3. Kemudian rombongan bertolak pula ke Melaka dan menikmati pemandangan Sungai Melaka pada waktu malam dengan River Cruise. Rombongan kemudian ke LRP Chalet di Umbai untuk penginapan.
Pada hari Sabtu, rombongan melawat tempat-tempat pelancongan di sekitar Bandaraya Melaka. Antaranya ialah Muzium Samudera, Muzium Maritim, A Famosa, Studhuys dan Menara Taming Sari.
Rombongan disajikan dengan Jamuan Tengahari Asam Pedas Melaka di My Asam Pedas Cafe, Dataran Sungai Melaka yang diberikan oleh YAB Dato' Seri Ketua Menteri Melaka. Selepas itu rombongan ke Masjid Selat Melaka untuk solat Zuhur dan Asar.
Rombongan mengakhiri sesi lawatan dengan mengunjungi KRT Taman Rumpun Bahagia, Melaka Tengah. Di sana kami disajikan dengan pelbagai juadah untuk Minum Petang dengan layanan yang sungguh mesra di Balai Raya, Taman Rumpun Bahagia.
Rombongan meninggalkan Negeri Melaka jam 6 petang dan tiba di Taman Suria jam 5 pagi.
Sekalung Budi, Sejambak Kasih Buat Semua.
No comments:
Post a Comment