Sunday, 15 May 2011

KURSUS KESEDARAN KESELAMATAN KAWASAN KEJIRANAN & PENGENDALIAN SRS 2011

Kursus tersebut di atas telah dijalankan pada 14 Mei 2011 bertempat di Hotel Seri Malaysia, Alor Setar.

KRT Taman Suria telah diwakili oleh Pengerusi dan Setiausaha KRT yang juga merupakan Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Skim Rondaan Sukarela.

Peserta disajikan dengan 4 ceramah bermula dengan Ceramah 1: SRS dan Inisiatif JPNIN Menangani Masalah Sosial dan Jenayah dan Ceramah 2: Pengurusan dan Pengendalian SRS yang disampaikan oleh YBhg. Tuan Haji Hashim bin Yob, Pengarah JPNIN Negeri Perlis.

Pada sebelah petangnya pula, para peserta mengikuti Ceramah 3:Konsep Ke Arah Bandar Selamat yang disampaikan oleh Inspektor Hasmaliza bt Abdullah dari Cawangan Hal Ehwal Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen , Negeri Kedah dan Ceramah 4: Kerjasama PDRM dan Komuniti Dalam Mencegah Gejala Sosial dan Jenayah disampaikan oleh Tuan ASP Segeran a/l Thanapalan dari Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar.

Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Mohd. Saidi bin Midin, Pengarah JPNIN Negeri Kedah.

No comments:

Post a Comment