Pada petang tadi, 25 April, 2011 telah berlangsung Majlis Pentauliahan Jawatankuasa Penasihat dan Penyelaras Rukun Tetangga ( JPPRT ) Peringkat Daerah Kubang Pasu Tahun 2011.
Majlis yang diadakan di Hotel Darul Aman disempurnakan oleh YBhg Encik Mohd Saidi bin Midin, Pengarah, Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional, Negeri Kedah.
Dalam Ucaptama sebelum merasmikannya, Tuan Pengarah Perpaduan Negeri telah menghuraikan beberapa peranan yang boleh dimainkan semua Pengerusi dan Kawasan Rukun Tetangga masing-masing untuk membantu pihak Kerajaan, terutama Pasukan Polis DiRaja Malaysia dan Kementerian Pelajaran yang berkait rapat dengan aktiviti utama Jabatan Perpaduan.
Beliau mencadangkan agar pihak KRT dapat menjalankan aktiviti-aktiviti yang sesuai dan boleh memberi manfaat dan impak besar kepada ahli dan penduduk setempat selaras dengan Pelan Transformasi Rukun Tetangga melalui lima teras utama, iaitu: Perpaduan, Keselamatan, Kualiti Hidup, Ekonomi/Sara Hidup dan Pendidikan/Hobi.