Sukaneka Perpaduan 2011 telah selesai dijalankan pada pagi tadi dengan kehadiran seramai 150 orang peserta, hampir 100 orang daripadanya terdiri daripada ahli-ahli Tunas Muda dan Jiran Muda. Nampaknya sambutan sungguh menggalakkan dari kalangan Tunas Muda dan Jiran Muda. AJK terpaksa menambah bilangan saguhati kepada peserta-peserta muda ini yang hadir melebihi jangkaan.
Dua acara tidak dipertandingkan, iaitu Menggubah Tuala @ Sejadah dan Memarut Kelapa kerana tiada penyertaan. Walau bagaimanapun, acara Memarut Kelapa digantikan dengan acara Mengupas/Mengopek Kelapa Tanpa Pisau/Parang. Peserta yang mengambil bahagian dalam acara ini begitu kreatif sekali mencari bahan/ kawasan sekitar yang boleh digunakan untuk mengupas/mengopek kelapa hanya dalam masa 5 minit sahaja.
Salah satu acara, iaitu Menganyam Ketupat Jawi disertai oleh dua orang peserta lelaki yang berjaya menganyam 10 ketupat jawi dalam masa 10 minit. Anehnya, tiada peserta wanita yang mengambil bahagian. Mungkin kerana kaum wanita di Kedah ini lebih biasa dengan ketupat palas. Daripada kedua-dua peserta lelaki tadi, seorang berasal dari Johor dan seorang lagi pernah bertugas di Johor.
Encik Ismail bin Zakaria, Pegawai Perpaduan Daerah telah hadir dan sempat untuk menyampaikan hadiah-hadiah untuk beberapa acara semasa rehat sebelum beredar ke satu majlis anjuran KRT Taman Mahsuri.
Insya Allah pada tahun hadapan, beberapa acara /permainan baharu akan diperkenalkan atas permintaan beberapa pihak.
No comments:
Post a Comment