Acara tersebut bakal dijalankan pada Sabtu, 19 Mac, 2011 bertempat di Dewan Orang Ramai dan Padang Permainan, Taman Suria 1 mulai jam 8.00 pagi.
Acara untuk Tunas Muda ialah Pertandingan Mewarna untuk 2 kategori: Bawah 6 Tahun dan 7 - 9 Tahun. Lain-lain acara bagi Tunas Muda ialah Meniup Belon dan Mengisi Air Dalam Botol.
Bagi Jiran Muda pula, acaranya ialah Hoki Tenis dan Meraut Daun Kelapa. Bagi Kategori Dewasa pula, acaranya ialah Melontar Peluru ( Lelaki dan Wanita ), Menganyam Ketupat Jawi dan Menggubah Tuala atau Sejadah.
Acara bagi Kategori Terbuka ialah Boling Kelapa dan Memarut Kelapa.
Hadiah-hadiah dan hamper disediakan untuk pemenang tempat Pertama dan Kedua sahaja.
Pendaftaran peserta pada jam 8.00 pagi. Jamuan ringan disediakan untuk peserta.
No comments:
Post a Comment