Thursday, 11 November 2010

PERALATAN SRS

10 November, 2010: pihak KRT Taman Suria telah menerima sebahagian lagi peralatan rondaan. Antaranya ialah lampu suluh, cota, wisel, topi, lampu baton dan peti ubat. Sebelum itu, telah diterima vest. Pihak KRT Taman Suria masih lagi menunggu bekalan baju hujan untuk kegunaan Peronda SRS. Baju hujan amat penting di dalam keadaan cuaca yang sering hujan pada waktu malam.

Untuk rekod, Mesyuarat AJK pada 15/11/2010 telah bersetuju untuk membeli sendiri beberapa helai baju hujan bagi kegunaan Peronda SRS sekiranya tidak dapat dibekalkan oleh PPNIN sebelum tugasan rondaan dijalankan.

Semalam, 5/12/2010, pihak KRT Taman Suria 1 telah mendapat sepenuhnya bekalan peralatan SRS, terutamanya baju hujan yang amat-amat diperlukan dalam keadaan cuaca musim tengkujuh sekarang. Alhamdulillah, rondaan akan berjalan dengan lancar nanti.

No comments:

Post a Comment