KRT Taman Suria 1 hari ini melancarkan Kempen Menambah Ahli Peronda SRS. Kempen ini terpaksa diadakan kerana sehingga berita ini ditulis, terdapat hanya 25 orang penduduk Taman Suria 1 yang telah mendaftar dan diterima sebagai Peronda SRS sebagai kumpulan awal.
Selepas suatu taklimat khas oleh Y. Bhg. Encik Ismail bin Zakaria, Pegawai Perpaduan Daerah pada 9 Oktober, 2010 lalu, hanya 2 borang permohonan yang telah dikembalikan.
KRT Taman Suria 1 memerlukan lebih ramai lagi pemastautin menjadi Peronda SRS. Borang-borang permohonan untuk menjadi Peronda SRS telah banyak kali diedarkan. Borang-borang masih boleh diperolehi daripada Setiausaha atau Penolong Setiausaha KRT Taman Suria 1 di No. 124, Lot Kedai, Taman Suria 1.
Syarat-syarat untuk menjadi Peronda SRS ialah Lelaki dan Wanita berusia 18 hingga 60 tahun serta sihat tubuh badan. Semasa mengemukakan borang permohonan, pemohon dikehendaki menyertakan 2 keping gambar saiz kad pengenalan serta 1 salinan fotostat kad pengenalan depan dan belakang di dalam satu mukasurat. Setiap Peronda SRS yang berdaftar akan dilindungi Insurans Kemalangan Diri percuma yang berkuatkuasa selama 24 jam meliputi ke seluruh dunia.
Buat masa ini, pihak KRT Taman Suria 1 sedang menunggu bekalan peralatan rondaan daripada Pejabat Perpaduan Daerah Kubang Pasu sebelum dapat memulakan rondaan.
Setakat 25/11/2010, hanya terdapat 7 permohonan tambahan sebagai peronda diterima.
No comments:
Post a Comment