KRT Taman Suria ditubuhkan dengan rasminya pada 25 Julai, 2002 dengan menggabungkan Taman Suria 1 dan Taman Suria 2.
Pada awal tahun 2010, pihak Taman Suria 2 telah memohon untuk digugurkan daripada KRT Taman Suria dengan alasan mereka ingin menubuhkan sebuah KRT sendiri. Dengan demikian, KRT Taman Suria kini dikenali sebagai KRT Taman Suria 1.
Pada Julai, 2010 KRT Taman Suria 1 telah memohon untuk mengadakan Skim Rondaan Sukarela ( SRS ). Rasionalnya, sejak akhir-akhir ini kegiatan jenayah dan masalah sosial nampak begitu ketara. Beberapa buah kereta penduduk dan tetamu telah dipecahkan cermin pada waktu malam pada awal tahun ini. Kegiatan melepak di Padang Permainan dan kawasan tertentu pada waktu malam juga berleluasa di samping kegiatan merempit oleh remaja dari kampung dan taman berdekatan.
Permohonan SRS telah diluluskan pada 12 Ogos, 2010. Pihak KRT telahpun memohon sebuah Kabin untuk Pusat Aktiviti SRS. Pihak KRT juga telah memohon kebenaran untuk menempatkan kabin Pusat Rondaan Sukarela tersebut di atas dua lokasi pilihan kepada pihak Majlis Daerah Kubang Pasu. ( Untuk rekod, pihak MDKP telah meluluskan permohonan meletakkan kabin pada 26/10/2010 )
Selama ini KRT Taman Suria 1 menjalankan semua aktiviti di Dewan Orang Ramai Taman Suria 1 dan Padang Permainan kerana KRT Taman Suria 1 belum mempunyai premis sendiri. Apabila sudah mempunyai kabin PRS ini diharapkan kami tidak akan mengganggu perjalanan aktiviti penduduk pada sebelah malam yang sering diadakan di Dewan Orang Ramai Taman Suria 1.
No comments:
Post a Comment