1. Sukaneka KRT Taman Suria telah diadakan pada 20 Mac, 2010..Ini adalah projek 2009 yang tertangguh. Antara acara: boling kelapa, lontar peluru, bawa bola pingpong dalam susu, melukis. Hadiah sumbangan daripada individu/syarikat dan KRT.
2. Gotong Royong Perdana dan Pameran Kesihatan telah berjaya dialksanakan pada 10 April 2010. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat, Dato' Haji Saad bin Man, Ahli Dewan Undangan Negeri Jitra pada jam 10.00 pagi. Majlis Daerah Kubang Pasu telah menghantar sebuah kren untuk memotong dahan-dahan pokok manakala pihak Idaman Environment telah menghantar 2 buah tong sampah tetapi malangnya tidak mencukupi. (Lebihan sampah sarap / dahan-dahan terpaksa dibakar oleh penduduk dua minggu kemudian.) Pameran Kesihatan pula telah disertai oleh Agensi Anti-Dadah Kebangsaan, Daerah Kubang Pasu. Sedihnya... penyertaan penduduk tidak begitu memberangsangkan.
3. Sambutan Israk dan Mikraj 1431 Hijrah telah dijayakan pada 15 Julai, 2010 selepas solat Isyak. Penceramah Undangan ialah yang Berbahagia, Ustaz Aqli bin Ahmad, Pensy
4. Majlis Berbuka Puasa telah diadakan pada 26 Ogos, 2010 dengan kerjasama Badan Kebajikan Penduduk Taman Suria 1. KRT menaja jamuan nasi tomato.
5. Jamuan hari Raya dilaksanakan pada 18 September, 2010 dengan kerjasama Badan Kebajikan Penduduk Taman Suria 1. KRT menaja kuih raya serta minuman ringan.
6. Taklimat Pelaksanaan SRS dan Penyampaian Kad Ke
NOTA:
Semua aktiviti KRT dijalankan di Dewan Orang Ramai Taman Suria 1 dan Padang Permainan. KRT belum mempunyai premis sendiri. Pihak KRT berterimakasih kepada Badan Kebajikan Penduduk Taman Suria 1 selama ini kerana membenarkan KRT mengadakan aktiviti di premis mereka.
No comments:
Post a Comment