Program tersebut telah sempurna dijalankan pada Sabtu, 25 Julai, 2015 bertempat di Perkarangan Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1.
Program tersebut adalah anjuran bersama Badan Kebajikan Penduduk Taman Suria 1 dan dihadiri lebih daripada 140 orang, sebahagian besarnya adalah kanak-kanak.
Program bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 12.30 tengahari. Antara menu hidangan adalah sate, roti jala, lemang, lontong, laksa, sirap oren serta teh tarik. Seorang penduduk telah memberikan sumbangan nasi tomato.
No comments:
Post a Comment